Kemaluan ditendang dan dada ditumbuk, lelaki diseksa sekumpulan \’samseng\’

PASIR GUDANG – Seorang pemuda dipercayai cedera parah selepas menjadi mangsa pukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki dalam sebuah rumah dalam kejadian yang disyaki berlaku di Pasir Gudang yang tular awal pagi tadi.

Insiden tular di media sosial selepas beberapa klip video berkenaan memaparkan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh lebih lima hingga tujuh lelaki.

Menerusi video tersebut, mangsa dilihat dipegang beberapa individu sebelum ditumbuk dan dibelasah teruk di bahagian muka, dada serta anggota badan lain. Lebih mengejutkan, salah satu klip turut menunjukkan alat sulit mangsa dipukul dan ditendang dengan kejam.

Mangsa yang tidak melawan kelihatan lemah dan meronta-ronta sambil mengerang kesakitan, dengan kesan darah jelas kelihatan pada bahagian hidung.

Insiden itu mengundang kemarahan ramai warganet yang mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan kumpulan lelaki terbabit, selain mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan segera.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan seorang wanita, sebelum wanita terbabit dikatakan memanggil beberapa rakannya untuk membelasah lelaki berkenaan.

Turut didakwa menerusi ruangan komen netizen, klip video insiden tersebut dirakam sendiri oleh wanita terbabit, sekali gus menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai motif dan punca sebenar kejadian.

Setakat ini, identiti mangsa dan suspek masih belum disahkan pihak berkuasa.

MYBERITA kini sedang mendapatkan maklum balas lanjut daripada pihak PDRM berhubung perkembangan kes ini.

BACA JUGA:  Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...